The Worm Princess.

assalamualaikum. welcome. may you found what you seek. Hanya kepada Allah tempat kembali. Semoga Allah sentiasa melindungi dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua. aminnn...


ENTRY ABOUT BTS STUFFS VIDEO NEWER OLDER +FOLLOW

Proper Questions ?

assalamualaikum
today i'm gonna write in Malay. deal with it.

Julai 2020. 2atau3 tahun aku tamat pengajian di situ. sudah tentu seharusnya aku mempunyai kerjaya yang membanggakan dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya.

pengajian selama 8 semester bermula januari 2014 hingga pertengahan tahun 2018. aku gembira menuntut ilmu. aku dididik utk melakukan yang betul dan mengelakkan kesilapan dan aku praktikkan ini dalam peperiksaan dan menjawab soalan. guru juga perlu dihormati. segala tugasan kerja khusus aku buat. untuk apa? untuk siapa? setiap pagi membaca doa menuntut ilmu tetapi adakah aku ikhlas?
terbiasa mengejar kesempurnaan
jika difikirkan semula, dengan alasan saja2 try masuk aliran ini selepas tamat pmr. atau mungkin kerana aku kecewa aliran yg ku inginkan di sekolah lama tidak diterima. ataupun adakah sebab semasa bermula tingkatan 1 ibuku menginginkan daku menuntut di sekolah berasrama. benarkah itu yg semua ibubapa banggakan? aku tak tahu. di usia remaja aku melakukan banyak kesilapan kerana tidak fikir menyeluruh sebelum membuat keputusan. adakah ini kesilapan?


manusia tak henti melabel orang lain berdasarkan pendapat yg mereka rasakan. sebenarnya aku tidak tahu mendefinisi diri sendiri siapakah aku. aku terus lakukan apa disuruh dalam meneruskan kehidupan. perjalanan ini membuat pertemuan diriku dgn pelbagai manusia. tak semuanya menjadi teman dan sahabat yg memahami diriku. ada yg datang mendekat atas dasar kasihan atau menginginkan sesuatu daripadaku. namun aku bersyukur walaupun alasan begitu, mereka hadir menjadi sebahagian hidupku.

guru, insan mulia. sejak kecil aku diajar supaya menghormati golongan ini. mereka yg mengalirkan ilmu pengetahuan dan membantu hingga aku berjaya. serius dalam pekerjaan itu adalah suatu perkara yg baik. namun aku tidak suka mereka yg mempermainkan perasaanku dalam mencapai objektif yg disasarkan. betul la, tak semua yg kita hormat akan hormat kita semula. siapalah aku. meskipun hanya mendidik dan menyampaikan ilmu, terdapat juga guru yg mencurahkan kasih sayang kepadaku. mereka bukan hanya mengambil berat dalam pendidikan tetapi juga keadaan yg ku hadapi. mereka menyokong ku supaya teguh dalam pelbagai cara. adakah aku yg tidak melihat semua ini?


selama 7 semester aku dinobatkan tempat pertama dalam tingkatan. adakah hasil jahitan dan rekaan aku tercantik? tidak. cukup makan. keputusan subjek akademik menjadikan jumlah markah ku tertinggi berbanding lain. nama ku semakin banyak tercetak atas kertas kuning sijil. pada setiap hari keputusan semester keluar, nama ku menjadi yg pertama lagi. aku menjadi resah. seperti ada sesuatu yg sentiasa diharapkan daripadaku.


perasaan ku menjadi lebih keruh, diriku menjadi topik bualan dari masa ke masa. kisahku diceritakan kepada pelajar yg lebih muda semasa sesi pengajaran. pernah aku lalu kawasan bilik guru dan terdengar lagi, beberapa kali. seharusnya aku tidak mengendahkan semua ini. bukan niatku mengejar kemasyuran ini. jika aku melakukan tidak sehabis baik dalam menyiapkan tugasan mahupun menjawab peperiksaan, adakah semua ini akan terjadi? persoalan seperti ini bermain di minda. di suatu semester pendek terdapat satu ujian aku mendapat markah rendah dan dipanggil ke bilik guru untuk melakukan ulangan. kenapa di situ? adakah salah jika aku mendapat keputusan yang buruk? mengapa terdapat rakan-rakanku yg begitu menentang dalam perkara baik yg mereka tidak suka dan kelihatan tenang? sukarkah aku menjadi begitu? adakah aku membenci semua ini?
jangan lah terus menanyakan soalan seperti menolak qadar dan qadha dari Allah.
sesungguhnya Allah Maha Sempurna manakala manusia tidak.
kenapa baru sekarang aku terbitkan semua ini? sudah berusia 22 tahun dan memasuki alam pekerjaan ku sangkakan tidak berhubungan lagi dengan sekolah itu namun sangkaan ku salah. setiap tahun guru memahukan jawapan apakah pencapaian pekerjaan yg kami peroleh di luar ini. sudah tentu, aku adalah salah satu sasaran harapan sekolah. ku fikir dengan berdiam diri semua ini akan beransur dilupakan. perkembangan teknologi menghubungkan situasi diriku.

aku bersyukur Alhamdulillah. para sahabat, guru, dan warga sekolah itu mencetuskan memori indah dalam hidupku. tidak dinafikan ilmu yg ku peroleh seperti employability skills banyak membantu dalam kerjaya ku masa ini. pertandingan yang aku sertai seperti public speaking menjadikan ku berani menghadapi manusia. ilmu jahitan ku gunakan untuk membantu ahli keluarga membaiki pakaian. seni dan lukisan sentiasa menggembirakan hidupku. cuma pada masa ini pekerjaan ku tidak berkait dengan pengajian ku di sana. tidak seperti yang diharapkan. tidak menjadi contoh yang baik.

jika difikirkan semula, aku bukanlah seseorang berfikiran pantas yang mampu menguasai sesuatu subjek dalam masa yg singkat. latar belakang kewangan yg tidak megah menjadikan aku bergantung pertolongan dari rakan-rakan. wang saku dibekalkan kepadaku kebiasaannya sebagai tambang perjalanan pergi dan pulang dari asrama. bermuka tebal di wajah membuat ku malu meminta wang dari keluarga. sahabat dan teman berkongsi makanan, ilmu pengetahuan, dan teknologi komputer riba dalam mencapai penerusan hidup semasa di sana. suasana pembelajaran yg begitu indah ditambah juga dengan kehadiran warga sekolah yang mesra dan pelbagai.  beberapa guru turut memberikan sokongan hebat terhadapku dari aspek tunjuk ajar dan kebendaan. adakah aku yang tidak bersyukur? pernahkah ku fikirkan tentang jasa mereka? apakah yg ku lakukan hari ni? apakah yg harus ku lakukan?
ke mana akan perginya semua persoalan ku ini?
seharusnya ada penutup yang baik. saya doakan pembaca semua dikurniakan husnul khotimah dan mendapat keberkatan semasa hidup di dunia. insyaAllah :)
terima kasih sudi membaca.

0 comment[s] | back to top